View this post on InstagramA post shared by Ahmad Shuaib Ismail (@arab_bangi_umnoparlimenbangi) on
Percaya.
Sempat atau tidak.
TOMMY THOMAS TAK SEMPAT MENDAKWA NAJIB.
Tugasnya tamat pada penghujung bulan June…. melainkan ada keajaiban oleh Kerajaan PH. Seorang Peguam Negara dilantik dengan satu syarat nyata oleh Perlembagaan Persekutuan.
Perkara 145. Peguam Negara.
(1) Yang di-Pertuan Agong hendaklah, atas nasihat Perdana Menteri, melantik seorang yang layak menjadi Hakim Mahkamah Persekutuan sebagai Peguam Negara bagi Persekutuan.
Maka seorang Peguam Negara terikat dengan skim perkhidmatan seorang Hakim.
Perkara 125 (1) memperuntukkan bahawa:
“125 (1) Tertakluk kepada peruntukan Fasal (2) hingga (5), seseorang hakim Mahkamah Persekutuan hendaklah memegang jawatan sehingga dia mencapai umur enam puluh enam tahun atau sehingga suatu masa kemudiannya yang diluluskan oleh Yang di-Pertuan Agong, tetapi masa itu tidak boleh kemudian daripada enam bulan selepas dia mencapai umur enam puluh enam tahun.
Dalam pencarian dalam google di lahirkan pada tahun 7hb September 1963…. Tetapi dalam pencarian lain…. dia lahir tahun 1952. Tiada maklumat tepat. Bagaimana pun mengikut biografinya beliau. Dia memperoleh ijazah undang-undang di Universiti Manchester pada tahun 1972 dan menjadi seorang peguam. Jika tahun 1972 beliau baru berusia 9 tahun jika lahir tahun 1963…. Dan berusia 20 tahun, jika lahir tahun 1952 masa mendapat kelulusan undang-undang dan layak menjadi peguam.
Jika berdasarkan lahir tahun 1952. Maka perkhidmatan akan tamat secara automatik pada penghujung Jun 2018 ia itu 66 tahun 6bulan. Bagaimana pun adakah Peguam Negara dikecualikan dari Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan? Ia itu jika hakim bersara wajib 66 tahun…. untuk tempoh enam bulan lagi perlu lanjutan dari Yang Di Pertuan Agung.
Maka kita bertanya, jika pelantikan sedemikan dibenarkan, ia itu tidak ada pengumuman Peguam Negara telah dilanjutkan perkhidmatan enam bulan lagi, apa yang akan terjadi kepada fungsi Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman dan Majlis Raja-Raja?
Maka terkilanlah Tommy Thomas hendak beraksi dalam kes perbicaraan Najib Razak.
Bandar Sri Permaisuri
April 7, 2019
Tugas.
Taubat.
Antara manusia yg tahu bila dia akan MATI ialah ‘Banduan Akhir’.
-banduan akhir ialah banduan yg melakukan jenayah yg berat mengalami proses kehakiman kadangkala 2 tahun, 3 tahun, 5 tahun dan akhirnya akan dihukum dgn hukuman gantung oleh Hakim jika didapati bersalah.
-kalau hukuman gantung itu dibacakan pd hari Isnin, maka gantung hingga mati dilakukan oleh semua banduan akhir beragama Islam pd hari Jumaat.
-apabila seorg banduan akhir dihukum gantung sehingga mati, maka namanya diketika itu akan menjadi banduan akhir dan biliknya akan diasingkan.
-nama biliknya “Sel akhir”.
-katankanlah Hakim jatuhkan hukuman hari Isnin, ketika itu baki kehidupan harinya ialah Selasa, Rabu & Khamis sahaja.
-waktu Hakim baca : “maka ini dijatuhkan hukuman gantung sampai mati yg akan dilaksanakan pd hari Jumaat ini diantara jam 6 pagi hingga jam 7 pagi.”
-ianya mesti prosedurnya begitu.
-kalau hukumana dibaca hari Ahad, jumaat dijatuhkan hukuman.
-kalau Rabu, maka baki kehidupannya sehari sahaja lagi.
-org yg namanya banduan akhir ini, selesai Hakim membaca keputusan..,lutut dia dah tak boleh berdiri dah.
-sbb apa tuan²? Sbb dia masih boleh bernafas 3 hari sahaja. Dia hanya boleh bernafas 4 hari sahaja.
-air mata sudah berlinangan sejak dari Mahkamah lagi.
-Balik ke penjara, warden akan suruh asingkan barang² dan mesti dipindahkan ke sel belakang sekali seorg².
-Diketika itu, kita akan tengok bagaimana banduan akhir menghabiskan kehidupannya.
-sentiasa membaca Al-Quran.
-bila ustaz Agama yg pergi disitu, majlis percakapan & nasihat itu akan dipenuhi dgn tangisan air mata.
“Saya banyak dosa ustaz”
“Saya tinggalkan tanggungjawab saya.”
“Saya tinggalkan tanggungjawab saya pada ibu & ayah saya ustaz”.
-pergilah waktu mana pun, kita akan tengok banduan akhir ini berdiri di depan Allah… sembahyang.
-Solatnya panjang, zikirnya banyak. Qurannya banyak mengadu pd Allah SWT.
-kenapa? Sbb dia tahu umur dia lagi 3 hari, lagi 2 hari.
Tuan² dirahmati Allah, bila sampai hari Khamis, esok jumaat pagi dia akan digantung.
-malam itu kita nak tidur lagi tuan²? Tak tidur dah.
-manusia yg tahu ajal nya , dia dh tak boleh tidur dah tuan².
-sbb itu diantara rahmat Allah yg Besar adalah MERAHSIAKAN kematian kita supaya kita boleh makan, supaya kita boleh tidur, supaya kita boleh bermain dan sebagainya.
-kalau dia tahu lagi sebulan ajal nya, nescaya sebelum sebulan lagi dia dah tak akan bermain lagi.
-tapi Allah SWT merahsiakan kematian itu sebagai BUKTI dan RAHMAT Allah kpd saya dan kita semua.
-banduan akhir ini, walaupun dibuka rahsia kematian oleh Allah, maka dia jauh lebih beruntung drpd kita semua.
-sbb dia tau untuk bertaubat bila.
-dia boleh bertaubat , Alhamdulillah.
-majoriti manusia yg dibawa menghadap Allah TIDAK sempat bertaubat pd Allah SWT.
-tak tau bila nak mati.
-maka banduan akhir ini pd malam jumaat, Alhamdulillah dia beruntung utk mengaku dihadapan Allah.
“Ya Allah aku berdosa dihadapan Mu yaAllah. Aku mengaku bahawa selama ini aku melakukan kesalahan kpdMu yaAllah! YaAllah ampunilah dosa aku yaAllah!!”.
-maka datang drpd seluruh KEIKHLASAN dihimpunkan di dlm hatinya menghadap Allah. Untung dia.
-Esok pagi @ malam itu, banduan akhir ini akn diberi pilihan utk memilih makanan yg tidak melebihi lebih kurang RM 7.50 .
-dia diberi pilihan boleh pilih sama ada Char kuew teow kah, nasi ayam penyetkah, cucur udang kah maka dia akn diberikan pilihan boleh pilih.
-tuan² banduan akhir nak order apa? Kebanyakan banduan akhir TIDAK lagi akan memesan apa² makanan lagi. Dah tak lalu makan dah.
-sbb esok hari bila dia bangun, bukannya bangun pun bahkan malam itu adalah malam yg dia tak akan tidur.
-selalunya kes banduan akhir ini esok dia bangun selapas dia solat subuh, hukumannya MESTI diantara jam 6 hingga 7 pagi.
-maka BENARLAH apa yg Allah sebut, dia sendiri tak tahu bila dia akan mati.
-walaupun harinya dia akan tahu, tetapi minit ke berapa, saat ke berapa nyawa dia akan keluar dia tak tahu.
-itu Rahsia Allah.
-ya ..benar. Dia disarungkan tali di lehernya pd jam 6.47pagi contohnya tapi dia tak tahu saat ke berapa dia akan kehabisan nyawa.
-Esok paginya, banduan akhir akan diberi peluang utk bercakap dgn ahli keluarganya.
-tuan² bagi peluang bercakap dgn ahli keluarga tak ada ungkapan yg akan keluar. Hanya peluk dan nangis, peluk dan nangis. Dah tak boleh bercakap dah.
-nak cakap apa pun dah tak boleh. Nak cakap apa lagi??.
-nak suruh jaga pokok bunga yg ayah tanam?
-Tak ada apa yg boleh dipesan diketika itu. Yg boleh keluar hanya 2 perkataan sahaja ;
“Maafkan ayah…Maafkan ayah”.
-bila peluk isteri ,, “Maafkan abg, Maafkan abg”. Itu sahaja.
-nak kemaafan sahaja disaat² akhir ini.
-Kemudian, dia akan dibawa ke situ lalu digantung.
ALLAH merahsiakan kematian itu utk saya dan kita semua agar sentiasa melakukan persiapan utk bertemu dgn Allah SWT.
Wallahua’lam.
~ “Taubat Banduan Akhir” daripada Ustaz Wadi Annuar
Coffee
Banned.
Den.
Sorok.
Najib Razak
1 hr ·
Tabung Haji umumkan Salam 1.25% petang semalam.
Beberapa jam sebelum itu, pemimpin-pemimpin PH telah diberi taklimat mengenai ini.
Rupanya itu bukan taklimat.
Tetapi, latihan propaganda PH supaya mereka senang memberi alasan menipu.
Salah satu alasan yang diberi mereka ialah “pendedahan” bahawa TH telah menyembunyikan kerugian RM10 bilion pada tahun 2017 yang sebelum semalam, tidak pernah didedahkan.
Pada bulan Nov 2018, PH pernah umum bahawa TH mengalami defisit sebanyak RM4.1 bilion kerana BN telah kejam sangat untuk terlebih bayar dividen kepada rakyat selama 4 tahun berturut-turut ini.
Masa itu, PH defisit ini dikesan dalam audit khas yang dibuat oleh syarikat audit PWC yang juga banyak diberikan kerja oleh Menteri Kewayangan.
Inipun satu yang mengejut kerana TH telah diaudit oleh Jabatan Audit Negara setiap tahun tetapi tidak pernah ada tuduhan bahawa TH mengalami defisit.
Tetapi beberapa jam sebelum pengumuman hibah semalam, tuduhan TH sembunyi kerugian RM10 bilion untuk tahun 2017 tiba-tiba terkeluar pula.
Mengapa sorokan RM10 bilion ini tidak pernah disebut oleh PWC dan juga Jabatan Audit Negara sehingga semalam?
Okay. Itu tuduhan mereka. Satu yang saya mahu tanya.
Apakah kerugian nilai aset yang dialami pada tahun 2018?
Khazanah berani umumkan nilai aset mereka jatuh RM25 bilion untuk tahun 2018. Bagaimana pula dengan Tabung Haji?
Semasa mengumumkan Hibah semalam, mereka tidak mengumumkan kejatuhan nilai yang dialami dalam tahun 2018.
Data ini masih disorok oleh Menteri PH.
Kita tahu bahawa 53 peratus dari aset TH dilabur di dalam saham-saham yang tersenarai di Bursa Malaysia.
Pada 2 Jan 2017, indeks Bursa adalah 1,671 mata.
Indeks naik dalam tahun 2017 ke 1,869 mata pada 2 Jan 2018.
Tetapi indeks jatuh hampir 200 mata ke 1,690 mata pada 2 Jan 2019 selepas PH ambil alih.
(Indeks jatuh 62 mata lagi dalam 3 bulan pertama tahun ini ke 1,628 mata pada 1 April 2019).
Untuk tahun 2017, indeks naik 200 mata.
Untuk tahun 2018, indeks jatuh 200 mata.
Sebenarnya, TH telah mengalami kerugian RM10 bilion pada tahun 2018 tetapi PH sedang berusaha untuk salahkan BN dengan menipu bahawa kerugian ini adalah dalam tahun 2017 tetapi disorok.
“Disorok” dengan begitu cekap sehingga Jabatan Audit Negara dan PWC tidak pernah berjaya untuk mengesannya selama ini?
PH ingat ianya senang sangat untuk menyorok kerugian RM10 bilion ke?
Masih mahu tipu?



