Hartal 1967: rusuhan awal Melayu-Cina Sebelum 13 Mei 1969
Bila disebut 13 Mei 1969 ,semua orang tahu . Tetapi jika disebut Hartal 1967 , saya rasa tak ramai yang tahu.
Peristiwa ini berlaku di Pulau Pinang pada 24 nov hingga 13 disember 1967.
Ketika itu Pulau Pinang dimansuhkan taraf sebagai Pulau bebas cukai. Barang dari indonesia yang masuk ke Pulau Pinang dikenakan cukai 2 %. Kebetulan ketika itu juga Malaysia mula menggunakan matawang baru Malaysia ,jadi ada 2 matawang di pasanran iaitu matawang British Borneo dan matawang Malaysia.
Ketika itu juga terjadi susut nilai matawang British dan matawang malaysia akibatnya tukaran matawang British dan matawang Malaysia susut 15 %. jadi 1 dolar British bersamaan 85 sen wang Malaysia . Oleh kerana peniaga cina banyak menyimpan wang maka kesan susutan ini sangat dirasai.
Akibatnya parti buruh yang dipimpin oleh Lim Kean Siew mengadakan protes terhadap dasar kerajaan,
Pada mulanya ia berjalan secara aman , tetapi ia bertukar menjadi ganas . Orang orang Melayu yang berniaga di Jalan Dato Keramat diserang oleh kumpulan gang ster cina dan seorang guard Standard Charted Bank di Bunuh,Maka terjadilah pertelagahan antara kaum yang serang menyerang antarasatu sama lain Selain dari itu bas bas di bakar,bangunan dipecahkan .Sebuah asrama anak anak Melayu diserang oleh kumpulan perusuh cina.
Ini menyebabkan kemarahan orang Melayu. Akibatnya ia merebak ke Kedah dan Perak Utara. Pasukan tentera dan polis dihantar ke Pulau Pinang dan daerah terlibat untuk mengawal keadaan. Akibatnya Pulau Pinang, Bukit Mertajam, Perak Utara dan Bandar Baru,Kedah dikenakan perintah berkurung hingga keadaan pulih kembali.
Akibat insiden ini 27 terbunuh dan 137 cedera. Lim kean siew ditangkap,Polis mengelidah pejabat Parti Buruh di Pulau Pinang dan menjumpai gambar Mao Tze Tung, dan Buku Merah kominis .
Peristiwa Hartal ini jugalah dipercayai salah satu punca tercetusnya rusuhan kaum13 Mei 1969 akibat dendam kesumat antara kaum yang masih ada. selain dari rusuhan di Kuala Lumpur . Peristiwa 13Mei 1969 berlaku 18 bulan selepas peristiwa Hartal



